Friday, 19 December 2014

A foodscientist lifestory

Assalamualaikum peeps,

Sorry sebab dah berkurun x update. Itulah aku. Bila betul2 rasa nak luah, baru cari blogger. Somehow, lets continue to the main topic terus. Honestly, lepas going through 2 sem in UMT. I mamanged to change course to Foodtech. Yes, I did. Thats the only option I can do. Berat weyh. Aku x tau nak gambarkan mcm mana. All I feel now is semangat aku mencari ilmu dah tahap kritikal sebab placed somewhere you dont expect. Aku dah try buang feeling ni. Tapi kadang2 rasa jugak. Ntah kenapa.

Bila aku rasa nak give up je, aku akan ingat Allah placed me in a place that is peaceful from hectic busy town's to find food for souls. Pastu aku akan ingat parents aku yang berharap kejayaan aku dan berikan mereka terbaik. Dan bayangkan muka abang special aku yang berharap adik dia akan menjaga dia. :'( ( okay, sebak) . Over all, its a nice experience. Pahit mana pun perjalanan hidup tu, percayalah semuanya bersebab dan akan rewarding jika kau berusaha. Malas nak berceloteh panjang. Final Sem 3 is around the corner. May Allah ease our finals. :) Assalamualaikum.

Thursday, 23 January 2014

Hidup sebagai Mahasiswi UMT

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh and peace be upon you my dear friends,

First and foremost , I would like to apologise for my dissapearance in blogging for like almost a year. Im just in despair and got no directions when University results is out. Actually, more to like frustration that Im dumped for course and University that I never expect in my life.

Aku ingat lagi saat aku patut check results U, aku pakai khidmat SMS untuk check. Handset chaukia aku berbunyi, lantas aku membuka mesej yang masuk. Screen handset aku hanya terpapar " Tahniah, anda ditawarkan ke UMT dgn kod GG007" . Im like 0.0 sbb UMT. and im like whats GG007? Maka aku pun pakailah khidmat En.Google. and yeah its comes out. "Food Service and Nutrition" . Saat itu, hanya Allah yang mengetahui macam mana aku rasakan. Aku rasa dunia aku gelap. Aku smpai x tau apa yang aku fikirkan. Aku smpai jadi tak redha langsung dengan keputusan itu. Sampaikan aku ke Kementerian Pelajaran Tinggi kat Putrajaya tuh, aku pergi ke UPM untuk bertanya untuk bertukar kos atau kampus. Online dan cari gila2 la. Macam2 la. Last2, aku putus asa. 3 hari sebelum hari untuk daftar UMT tu, ak x register online pun. Geramnya aku dapat U tuh bayangkan. Dengan atuk aku meninggal time tuh, wa ckp sma lu wa mmg x ready ouh nk gi U.


Redah punya redah berjam-jam. Maka sampailah negeri Terengganu tuh. Pehh, kami menginap di hotel Seri Malaysia. Aku asyik tarik muka je. Seyes tak senyum langsung. Ayah aku cadang nak lawat dulu sebelum hari pendaftaran. Bangunan pertama aku nampak ialah Dewan Sultan Mizan dari jalan raya. "Okay la, x de la cantik mana" itulah bisikan hatiku bila tengok U aku tu.

Maka tibalah hari pendaftaran, lepas subuh mak wax kasi wa tidok balik sbb nak daftar aku awal. sebab time ni yuran pon wa x bayar lgi. Bukan sbb x byr sblm pndftrn . Ianya sbb perangai aku la yg x mau n x redha nk masuk U ni. Tak pasal2 kena gi CIMB dulu , byr . baru boleh gi daftar. Pukul 11 lebih dah habis settle semua. Dengan aku dapat bilik tingkat 3 nya. Pehhh, wa tell you.. Cantik x pe la gakk. =="

Aim minimum wa pun, lpas habis degree, sambung master jadi dietition. Plan B, change to Foodtech course. Ntah laaa. Aku buntu sebenarnya. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, aku redahi walaupun ianya pahit. Walaupun aku tahu aku terpaksa melupakan impian hidup aku iaitu untuk menjadi seorang Pharmacist. Aku redha, mungkin ianya bukan terbaik untukku. Macam-macam masalah yang aku terpaksa tempuhi sepanjang hidup sebagai mahasiswi ni. First wa ckp sma lu, makanan  sini la, bukan taste gua. Tempat tinggal , sempit kott n bapak x selesa. Meja kecik! katil goyang. Erghhh! Kawan pon... ntah la. Aku tertanya-tanya . Siapakah sahabat ku? Kalau dulu kat matriks, sekolah even NS pon kau tahu siapa patut kau caya. Kat U ni, ak cm susahlah nak detect. Susah nak jumpa orang yang faham kau luar dan dalam. dan kat U ni, hanya ade countless number of them je. Kemudahan pon, sangatlah terukk. Service takyah cakaplah kan. Horrible is the word.


However, altough I think I did bad in my finals, I really hope Allah will grant me some magical sorts of things so that I wont repeat my papers. Ye, aku tak redha dulu. emm sekarang pun,,,, sikit laaa. But Im still trying to accept things as they are. And Im still finding ways of my problems. And I hope that I'll find my answer soon. As all of my answers is in Allah's will. Please doa for me sahabat so I'll find my answers to my own questions :)

Sunday, 16 June 2013

Results?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokahtu semua ,


      Asal results je, semua takut, cuak , sedih, gentar and every feelings you have lah. Some worst, tak ada perasaan langsung. Sad wei. Haha. Adat lah. Setelah penat lelah berada di matriks, semua usaha dan tenaga yang dibanting, mesti nak tau end product macam mana kan? Worst is time exam tak takut, kat dewan exam pun tak takut. The moment when results is announced , haaa, shievering semua ada , POYOs. Itulah aku. Haha.



    Hmm, Alhamdulillah 6 jun yang lepas sudah diumumkan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2 (PSPM 2) . Pada mulanya lecturer semua dah berpesan check portal . Results keluar 5 jun, ntah ape masalah bahagian. Jam kot. Ke tak habis check paper lagi ntah. Haha. Maka diumumkan pada 6 jun 2013 bermula pukul 12. Fuh, lega sikit sebab extend sehari tapi cuak pun ada. Handphone jadi annoying habis duduk berbunyi tanpa henti. Baroreceptor kat kepala duduk tahan pressure dan stress. Takut bhai. Macam-macam persoalan kat kepala. " Tak jawab satu esei 20 markah untuk paper kimia and fizik, macam mana lah aku " . Parents aku lagi gabra dari aku. Tu yang buat aku bertambah-tambah stressnya.

    The moment 12 o clock, semua duduk tanya. Fon asyik vibrate. Ikutkan hati nak off je. Tapi relax-relax. Satu per satu tanya, Aku hanya jawab " tak check lagi " . Ada yang berkongsi memang down . Dalam benak fikiran aku , " 2.00++ kot or ade kemungkinan 1 ++ pom " nauzubillah. Muka pucat aku sampai adik aku tegur. =.=' Maka setelah dipaksa oleh Anees, aku pun beranikan check. SMS cam nak mam tunggu pun tak boleh. Tepat pukul 6 petang, check guna internet. Mak, teerkejut aku.. Walaupun better dari 1st sem, aku bagaikan tiada perasaan. Tak happy pun dan agak sedih. Sebab BI aku, one more thing  because of tak dapat Dean's list. Damn. In the end, I realised, thats my effort so I have to accept it however. Haih..


  Jujurnya pointer memang lah penting tapi tak perlu nak tanya setakat nak banding pointer lah. Ape faedahnya? Cukuplah tau masing-masing punya. Yang rapat aku just bagi tahu je. Cuma, bagi aku lah its not important. Judge people on what specialities they have not by academic please. Time exam macam-macam boleh jadi. Sakit semua. Infact, aku pun sama. Sedih jugak bila dibandingkan dengan people. Teringin jugak angka 4 tu, bukan rezeki lagi mungkin.. Sama-sama aku pujuk hati dan kawan-kawan.



   UPU lagi satu hal. Runsing nak isi apa. Aku pilih kos ikut subjek yang aku mahir. Yang kurang mahir aku tak berani nak letak pun sebab aku memang benci. Especially you, fizik ! Haha. Hmm, Shaba roomate Haqqah jadi penasihat unggul. On the phone je dengan dia tanya. Sian dia. Haha. Akhirnya dah final, bila dah tekan butang selesai dan hantar tu, fuh, lega. Just harap dapat kos yang ok pun dah syukur.




       Pointer bukan penentu semuanya. Yang penting buat masa sekarang, course that all of us want and be placed in local University. I keep praying so all of us will enter uni. seriously hope. Allah perancang terbaik dan dialah penentu segalanya. Kalau kita tak redha , maksudnya kita menyalahkan takdir. Bukankah itu dikira berdosa? Masya-Allah. So, didik hati dan pujuk. Itulah usaha kita dan terima seadanya. So, bersyukur atas apa jua keputusan kita. Kerana hamba Allah yang bersyukur akan sentiasa ditambahkan nikmatnya. Aku percaya dan yakin kita semua akan naik menara gading. Insya Allah. Doalah kepada Allah untuk permudahkan segalanya :)

                                                                           Wallahualam :)



5 jun 2013.

Assalamualaikum semuaa,


    Tengok tajuk pun wondering kan, ape aku bakal cakap. Haa, ni nak habaq lah ni. Tak de apa special pom. Cuma nak luahkan rasa bahagia yang amat dan teruja plus plus happy tak terkata. 5 jun 2013 mula-mula habaq result matrik keluar padahal tak pun. Cis, kuang asam betul. Buat suspen je. Berdebar tahu ?! Hei.  Tapi bukan sebab itu pun post ni. :P

   5 Jun ni aku jumpa sahabat aku di PLKN , CP6-18. HAHA. Siapa? Itu dia Ina charlie kitaa. Kebetulan ikut mak aku amik ubat kat klinik Kapar , Klang. Teringin sangat hari tu nak jumpa Ina sebab dia cakap dekat je rumah dia. So, drive je sampai Taman Kapar Indah. Maka, dengan izinNya tiba disebuah rumah ni. Kelibat dia sudah jelas dimata aku. Terloncat-loncat aku dalam kereta. Excited lah katakan. :P Mak pesan " lepas mak g jejalan , mak datang amik". Apa dia cakapkan tu seolah-olah tidak sampai ke telinga aku. Slam the car door. And lari terus peluk Ina. HAHA. Lama jugak lah. Rindu lah seh setahun bhai . Setahun ++ !

Dia nampak agak comel . Haha cause dulu kat kem asyik jaga badan. Sekarang dah ada pipi woah. haha. Masuk2 jumpa mak Ina dan adik-beradik dia terutama sekali Adam yang comei. hehe. Ina terus masuk dapuq buatkan air. Susah2  je. Motif nak jumpa kau je pun . :P Selepas bersembang lama, aku pun terpaksa balik. Dia sempat hulur mee hun dan kuih-kuih yang adik dia belikan sebab aku tak sempat nak makan . -.-' Alhamdulillah rezeki. Haha. Sebelum balik bergambar dulu, say cheese !



Super duper happiest day :) 

Saturday, 15 June 2013

Penghijrahan :)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarokahtu dan selamat sejahtera !

       Hee. Entry kali ni sempena penghijrahan. Haaa, tengok tajuk pun rasa tak percaya kan? Aku tau . Apa maksud penghijrahan? Lebih mendekati addin Allah means agama Allah.  Ia adalah perubahan dari kurang baik kepada lebih baik. Pernah melalui zaman jahiliah dan kembali ke jalan Allah. Jahiliah bermaksud bodoh, tidak tahu dan kurang bijak.Aku pun pernah melalui zaman tersebut. Zaman dimana aku tau Islam wujud dalam hidupku cuma aku kurang beramal dengannya. Dalam kehidupan sekolah pun, setakat dapat A dalam SPM tidak memadai. Dan itu hanya pelajaran semata-mata. Aku sedar akan perkara tu setelah aku tempuhi zaman plkn dan matrik. Sedih rasanya. Bodohnya aku.

      Zaman matrik betul-betul mengajar aku menjadi seorang yang the new me. Bukan nak kata aku baik. Jauh sama sekali tidak. Aku nakal , aku tetap aku. Cuma entry kali ni tentang Hidayah Allah. Hati ni mula berdetik akan keindahan Islam apabila aku mulai memasuki zaman matrik. Dimana aku dikelilingi oleh khalifah-khalifah Allah yang Masya-Allah hebat ! Zaman dimana aku rasa sahabat-sahabat kelilingi aku semuanya lengkap dengan ilmu addin Allah dan sedar akan kepentingan itu. Dimana mereka sentiasa bimbing aku kearahNya. Tenang, hiba, sedih dan terasa diri ni kerdil sangat.




   Aku tau pemodenan dibandar menyebabkan hati aku keras , kurang senang bergaul dengan orang dari pelbagai tempat, kurang beramal dengan agama , dan bagi aku susah nak menerima perubahan pada mulanya. Tetapi akhirnya aku mula terima dengan terbuka atas izinNya alhamdulillah. Mesti nak tau macam mana kan? Dulu masa sem 1 di matrik setiap kelas matematik Sir Tahar , setiap seorang kena bagi tazkirah setia kelas selama 5-10 minit. Masing-masing berucap. Bila tiba je giliran kawan aku sorang ni yang memang hebat gila , yang memang sporting, yang memang ceria semua lah, haha no words can describe. Dia mulakan dengan kitab Al-fatihah.

   Dan kemudian dia mulakan tazkirahNya tentang "kepentingan masjid". Dalam hujahnya, dia cakap  "Masjid ni rumah Allah. Cubalah berjemaah di masjid berbanding solat sendirian didalam bilik asrama tu. Pahalanya 27 darjat berbanding hanya 1. Atleast tak lima waktu ke masjid tak apa, Maghrib Isyak pun dah memadai. Masjid ni pun merupakan institusi penting. Boleh merapat ukhuwah sesama saudara Islam, dan berkongsi ilmu dan sebagainya. Dah ada kemudahan masjid, gunakanlah ia sebaik mungkin. Selain itu, boleh belajar study group pun kat situ. Bukankah lebih berkat? Berbanding library yang dimana berlakunya iktilat. Pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa ada batas . Dan kat bilik tu, semua duduk berborak kosong. Time azan pun , tak segerakan solat. Solat pun time waktu dah nak berakhir. Makanan rohani tu sangat penting untuk muslim selain daripada hanya menatap buku-buku subjek matrik . Setiap langkah kita ke masjid diberikan ganjaran. Mari mengikmarahkan masjid dan merapatkan ukhuwah. So, itu saja. " Aku terdiam seketika. Dan apabila memikirkan perkara itu. Sangatlah betul dan logik apa yang diperkatakannya itu.

        Setelah itu, aku mula didik hati ni untuk ke masjid. Walaupun kadang-kadang terlepas nak pergi disebabkan faktor tertidur atau lambat mandi sebagainya. Tapi kalau sempat aku akan cuba untuk pergi. Sayangnya, aku hanya mulakan selepas beberapa bulan untuk sem 1 berakhir. Aku tak berubah drastik. Tak pakai juga tudung labuh.Biasa-biasa sahaja. Kerana aku takut iman aku masih tidak stabil. Dan iman perlu dididik sedikit demi sedikit.Tapi sedikit demi sedikit.  Dan pabila hidayah untuk bertudung labuh itu datang, aku akan laksanakan. Aku  tabik orang yang bertudung labuh keranaNya. Bangga dan ada dah niat dalam hati.

    Ada juga kes yang bertudung labuh kerana hendak melihatkan dirinya terbaik dihadapan lelaki yang disukainya. Masya-Allah. Memang tak dapat dinafikan. k back to story, Masjid itu terletak agak jauh sedikit dari blok perempuan dan lelaki. Tapi tak de  lah jauh sangat. Dalam 6 minit berjalan sampai lah kot. Exercise lah jugak kira. Dari asyik belajar , makan , tidur je buat diri makin malas. Baik berjalan ke masjid. tak susah pun. Masjid bagi lelaki wajib dan ke atas perempuan tidak wajib namun boleh datang sekiranya nawaitu tu betul.

  Plus, aku nampak kepentingan masjid bila budak lelaki kelas aku study group di masjid.Markah dorang agak tinggi berbanding pelajar perempuan dan hampir-hampir sama markah mereka. Sedangkan kami tertanya-tanya macam mana. Hebatnya dorang. Dan barulah kami dapat tau rahsia mereka. Study group di masjid selepas setiap waktu Isyak. Kerana setiap minggu ada kuiz untuk pelajar matriks bagi setiap subjek. Dan mereka mempergunakan masjid itu sebaik mungkin untuk belajar. Dan meraka berkata jikalau dalam bilik  study confirm dah terbongkang tidur macam beruang kutub .




  Entry kali ni hanya memberikan gambaran semata. Aku sedar dan panjat ribuan terima kasih ke hadrat Ilhai kerana menghadirkan dan memijamkan khalifah2 Allah daebak ! Aku yang dulu lebih ke arah barat tapi masih bertudung.  Soal pakaian aku pandang remeh je dulu. Sedangkan itu masih dikira aurat. Dulu, aku ingat cukup sekadar bertudung. Sekarang , aku tau kepentingan berstoking kerana kaki juga merupakan aset perempuan dan AURAT ok. Tak cukup bertudung je, kalau kaki yang kau exposed to Adam's akan tarik kau jugak ke neraka. So, berubahlah sedikit demi sedikit. Dan paling penting, lakukan perubahan itu demi Allah bukan kerana orang lain. If u know what I mean k .

SesungguhNya, Hidayah itu milik Allah. Selagi kau buru dan kau dapat kecapinya nescaya kau akan rasakan sama seperti apa yang kurasakan. Awesome feeeling dude. Tak tipu. Tenang je rasa. Maut menjemput tak kira usia. Kalau kau mahukan keseronakan didunia, celakalah kau diakhirat.  So, Kejarlah Cinta Ilahi kerana Cintanya tidak pernah mengecewakan . Dia sentiasa mendengar rintihan hambaNya. So, jom sama-sama buru addin Allah ! Gambate :) Insya Allah , semoga hidayah itu Allah kurniakan kepada setiap hamba yang selalu memburu CintaNya. :)




Aku adalah hamba Allah yang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Sekiranya ada salah dan silap ,  tegur tanpa was-was. Terima kasih :) 

Thursday, 30 May 2013

KMPk-M1T2 rules!!

                Assalamualaikumsalam semuaaaa, maafkan saya . Saya memang seorang blogger yang sangat sangat teruk. Malas nak update. Update bila rasa perlu . Kahkah. Alhamdulillah dah habis dah pun matrik 30 April 2013 yang lalu. Sedih ohh nak tinggalkan mereka. Sedih nak tinggalkan Perak Aman Jaya. Sebenci benci aku kat Gopeng tu akhirnya telah menawan hati aku. HAHA. Walaupun dikelilingi kelapa sawit sahaja. Neap, you wont find a single building around that kolej and 300 meters away. Haha. Nak buat acano. Mungkin itu taktik mereka supaya student tak keluar outing selalu en. Ok, back to story. Hari ni saya mau cerita tentang kelas saya. M1T2 dan sahabat karib saya disana. Mereka itu ibarat cahaya yang menerangi bilik yang gelap. Setiap seorang dari kita lahir dengan keunikan masing-masing . Tak dapat dinafi. Susah senang aku kat matrik , mereka ni lah yang tolong aku naik semula. Matrik is not easy especially yang amik Modul 1 . Cuma kalau pandai handle masa, ok lah kot. Kelas kami ni pada mulanya ramai , tapi lepas some complications yang tak perlu kot ak nak cerita kat sni, some moved away bagai. Sedih dan kesunyian memang terasa. 


                Mula-mula aku cam "krik krik krik" , susah nak gaul dengan budak kelas aku. Lama-lama, wah nikmatnya mengenali mereka. Biasaloh , eden cepat homesick la katakan. :P Okay, lets know them. Nama kelas aku, M1T2. Maksudnya Modul 1 kuliah yang pertama dan kelas ke 2 antara 8 kelas dlm kuliah 1 tu. Hmm, M1T2 berpecah pada dua kelas untuk sesetengah subjek. M1T2a and M1T2b. Aku kelas b. Dan mostly rapat dengan budak b and bdk prmpuan kelas aku ja aa. Lets that a look at my dear friends, :) 


                                                      Last paperrr of the very last day in KMPk :)




Suami soleh dan isteri solehah. kahkahkah.









Beg sama aa! :D


Last Phy lab dgn sir Ramli yg omel :D

:
Runningwoman :D

Aqila :D <3

                                                   Outing curik curik :D

    Tak ada apa yang aku cakap yang boleh mengambarkan segala yang kami lalui bersama. Muka tegang semua orang bila nak masuk kelas Mr Chong. Muka bahagia and lepak time and waktu free sem 2. Muka tahan gelak time Sir Ruslan. Muka tegang time bio. Muka blur time Kimia. Pertelingkahan dalam kelas macam budak-budak. HAHA. Bila teringat, meskipun benda tu lawak tapi rasa nak mengalirkan air mata ja sebab ia hanyalah kenangan semata-mata sekarang yang tak dapat dibeli. :) 





 
Well, last but not least, here is it a short clips for you guys. :) <3 

Wednesday, 15 May 2013

Songs express ur feelings sometimes.

Lagu ciptaan Hafiz Hamidun : Tinggalah kenangan 


Artis : Hafiz Hamidun

Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama

Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu

oohh....ya...

Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama

Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu

Terasa sebak didada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata



Lagu ni khas dituju untuk semua sahabat-sahabat yg mengenali diri ni terutama sekali : Anati, Aqila, Ashikin, Mashadira, Syiffa Rosman, semua budak2 M1T2, Eyda , Kak kirah, Echa, Jija, Shaba, Kak Ain, Jiran2 teja, Budak2 KMPk, X-kem geo kosmo,Sharifah, Haziqah, Izza, Huda , dan kwn2 sekolah :) 


Hanya mampu cakap yang AKU RINDU KORANG SGTTTTTTTT!!!! Haaa! Amik. HAHA.