Sunday, 16 June 2013

Results?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokahtu semua ,


      Asal results je, semua takut, cuak , sedih, gentar and every feelings you have lah. Some worst, tak ada perasaan langsung. Sad wei. Haha. Adat lah. Setelah penat lelah berada di matriks, semua usaha dan tenaga yang dibanting, mesti nak tau end product macam mana kan? Worst is time exam tak takut, kat dewan exam pun tak takut. The moment when results is announced , haaa, shievering semua ada , POYOs. Itulah aku. Haha.



    Hmm, Alhamdulillah 6 jun yang lepas sudah diumumkan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2 (PSPM 2) . Pada mulanya lecturer semua dah berpesan check portal . Results keluar 5 jun, ntah ape masalah bahagian. Jam kot. Ke tak habis check paper lagi ntah. Haha. Maka diumumkan pada 6 jun 2013 bermula pukul 12. Fuh, lega sikit sebab extend sehari tapi cuak pun ada. Handphone jadi annoying habis duduk berbunyi tanpa henti. Baroreceptor kat kepala duduk tahan pressure dan stress. Takut bhai. Macam-macam persoalan kat kepala. " Tak jawab satu esei 20 markah untuk paper kimia and fizik, macam mana lah aku " . Parents aku lagi gabra dari aku. Tu yang buat aku bertambah-tambah stressnya.

    The moment 12 o clock, semua duduk tanya. Fon asyik vibrate. Ikutkan hati nak off je. Tapi relax-relax. Satu per satu tanya, Aku hanya jawab " tak check lagi " . Ada yang berkongsi memang down . Dalam benak fikiran aku , " 2.00++ kot or ade kemungkinan 1 ++ pom " nauzubillah. Muka pucat aku sampai adik aku tegur. =.=' Maka setelah dipaksa oleh Anees, aku pun beranikan check. SMS cam nak mam tunggu pun tak boleh. Tepat pukul 6 petang, check guna internet. Mak, teerkejut aku.. Walaupun better dari 1st sem, aku bagaikan tiada perasaan. Tak happy pun dan agak sedih. Sebab BI aku, one more thing  because of tak dapat Dean's list. Damn. In the end, I realised, thats my effort so I have to accept it however. Haih..


  Jujurnya pointer memang lah penting tapi tak perlu nak tanya setakat nak banding pointer lah. Ape faedahnya? Cukuplah tau masing-masing punya. Yang rapat aku just bagi tahu je. Cuma, bagi aku lah its not important. Judge people on what specialities they have not by academic please. Time exam macam-macam boleh jadi. Sakit semua. Infact, aku pun sama. Sedih jugak bila dibandingkan dengan people. Teringin jugak angka 4 tu, bukan rezeki lagi mungkin.. Sama-sama aku pujuk hati dan kawan-kawan.



   UPU lagi satu hal. Runsing nak isi apa. Aku pilih kos ikut subjek yang aku mahir. Yang kurang mahir aku tak berani nak letak pun sebab aku memang benci. Especially you, fizik ! Haha. Hmm, Shaba roomate Haqqah jadi penasihat unggul. On the phone je dengan dia tanya. Sian dia. Haha. Akhirnya dah final, bila dah tekan butang selesai dan hantar tu, fuh, lega. Just harap dapat kos yang ok pun dah syukur.




       Pointer bukan penentu semuanya. Yang penting buat masa sekarang, course that all of us want and be placed in local University. I keep praying so all of us will enter uni. seriously hope. Allah perancang terbaik dan dialah penentu segalanya. Kalau kita tak redha , maksudnya kita menyalahkan takdir. Bukankah itu dikira berdosa? Masya-Allah. So, didik hati dan pujuk. Itulah usaha kita dan terima seadanya. So, bersyukur atas apa jua keputusan kita. Kerana hamba Allah yang bersyukur akan sentiasa ditambahkan nikmatnya. Aku percaya dan yakin kita semua akan naik menara gading. Insya Allah. Doalah kepada Allah untuk permudahkan segalanya :)

                                                                           Wallahualam :)



5 jun 2013.

Assalamualaikum semuaa,


    Tengok tajuk pun wondering kan, ape aku bakal cakap. Haa, ni nak habaq lah ni. Tak de apa special pom. Cuma nak luahkan rasa bahagia yang amat dan teruja plus plus happy tak terkata. 5 jun 2013 mula-mula habaq result matrik keluar padahal tak pun. Cis, kuang asam betul. Buat suspen je. Berdebar tahu ?! Hei.  Tapi bukan sebab itu pun post ni. :P

   5 Jun ni aku jumpa sahabat aku di PLKN , CP6-18. HAHA. Siapa? Itu dia Ina charlie kitaa. Kebetulan ikut mak aku amik ubat kat klinik Kapar , Klang. Teringin sangat hari tu nak jumpa Ina sebab dia cakap dekat je rumah dia. So, drive je sampai Taman Kapar Indah. Maka, dengan izinNya tiba disebuah rumah ni. Kelibat dia sudah jelas dimata aku. Terloncat-loncat aku dalam kereta. Excited lah katakan. :P Mak pesan " lepas mak g jejalan , mak datang amik". Apa dia cakapkan tu seolah-olah tidak sampai ke telinga aku. Slam the car door. And lari terus peluk Ina. HAHA. Lama jugak lah. Rindu lah seh setahun bhai . Setahun ++ !

Dia nampak agak comel . Haha cause dulu kat kem asyik jaga badan. Sekarang dah ada pipi woah. haha. Masuk2 jumpa mak Ina dan adik-beradik dia terutama sekali Adam yang comei. hehe. Ina terus masuk dapuq buatkan air. Susah2  je. Motif nak jumpa kau je pun . :P Selepas bersembang lama, aku pun terpaksa balik. Dia sempat hulur mee hun dan kuih-kuih yang adik dia belikan sebab aku tak sempat nak makan . -.-' Alhamdulillah rezeki. Haha. Sebelum balik bergambar dulu, say cheese !



Super duper happiest day :) 

Saturday, 15 June 2013

Penghijrahan :)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarokahtu dan selamat sejahtera !

       Hee. Entry kali ni sempena penghijrahan. Haaa, tengok tajuk pun rasa tak percaya kan? Aku tau . Apa maksud penghijrahan? Lebih mendekati addin Allah means agama Allah.  Ia adalah perubahan dari kurang baik kepada lebih baik. Pernah melalui zaman jahiliah dan kembali ke jalan Allah. Jahiliah bermaksud bodoh, tidak tahu dan kurang bijak.Aku pun pernah melalui zaman tersebut. Zaman dimana aku tau Islam wujud dalam hidupku cuma aku kurang beramal dengannya. Dalam kehidupan sekolah pun, setakat dapat A dalam SPM tidak memadai. Dan itu hanya pelajaran semata-mata. Aku sedar akan perkara tu setelah aku tempuhi zaman plkn dan matrik. Sedih rasanya. Bodohnya aku.

      Zaman matrik betul-betul mengajar aku menjadi seorang yang the new me. Bukan nak kata aku baik. Jauh sama sekali tidak. Aku nakal , aku tetap aku. Cuma entry kali ni tentang Hidayah Allah. Hati ni mula berdetik akan keindahan Islam apabila aku mulai memasuki zaman matrik. Dimana aku dikelilingi oleh khalifah-khalifah Allah yang Masya-Allah hebat ! Zaman dimana aku rasa sahabat-sahabat kelilingi aku semuanya lengkap dengan ilmu addin Allah dan sedar akan kepentingan itu. Dimana mereka sentiasa bimbing aku kearahNya. Tenang, hiba, sedih dan terasa diri ni kerdil sangat.




   Aku tau pemodenan dibandar menyebabkan hati aku keras , kurang senang bergaul dengan orang dari pelbagai tempat, kurang beramal dengan agama , dan bagi aku susah nak menerima perubahan pada mulanya. Tetapi akhirnya aku mula terima dengan terbuka atas izinNya alhamdulillah. Mesti nak tau macam mana kan? Dulu masa sem 1 di matrik setiap kelas matematik Sir Tahar , setiap seorang kena bagi tazkirah setia kelas selama 5-10 minit. Masing-masing berucap. Bila tiba je giliran kawan aku sorang ni yang memang hebat gila , yang memang sporting, yang memang ceria semua lah, haha no words can describe. Dia mulakan dengan kitab Al-fatihah.

   Dan kemudian dia mulakan tazkirahNya tentang "kepentingan masjid". Dalam hujahnya, dia cakap  "Masjid ni rumah Allah. Cubalah berjemaah di masjid berbanding solat sendirian didalam bilik asrama tu. Pahalanya 27 darjat berbanding hanya 1. Atleast tak lima waktu ke masjid tak apa, Maghrib Isyak pun dah memadai. Masjid ni pun merupakan institusi penting. Boleh merapat ukhuwah sesama saudara Islam, dan berkongsi ilmu dan sebagainya. Dah ada kemudahan masjid, gunakanlah ia sebaik mungkin. Selain itu, boleh belajar study group pun kat situ. Bukankah lebih berkat? Berbanding library yang dimana berlakunya iktilat. Pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa ada batas . Dan kat bilik tu, semua duduk berborak kosong. Time azan pun , tak segerakan solat. Solat pun time waktu dah nak berakhir. Makanan rohani tu sangat penting untuk muslim selain daripada hanya menatap buku-buku subjek matrik . Setiap langkah kita ke masjid diberikan ganjaran. Mari mengikmarahkan masjid dan merapatkan ukhuwah. So, itu saja. " Aku terdiam seketika. Dan apabila memikirkan perkara itu. Sangatlah betul dan logik apa yang diperkatakannya itu.

        Setelah itu, aku mula didik hati ni untuk ke masjid. Walaupun kadang-kadang terlepas nak pergi disebabkan faktor tertidur atau lambat mandi sebagainya. Tapi kalau sempat aku akan cuba untuk pergi. Sayangnya, aku hanya mulakan selepas beberapa bulan untuk sem 1 berakhir. Aku tak berubah drastik. Tak pakai juga tudung labuh.Biasa-biasa sahaja. Kerana aku takut iman aku masih tidak stabil. Dan iman perlu dididik sedikit demi sedikit.Tapi sedikit demi sedikit.  Dan pabila hidayah untuk bertudung labuh itu datang, aku akan laksanakan. Aku  tabik orang yang bertudung labuh keranaNya. Bangga dan ada dah niat dalam hati.

    Ada juga kes yang bertudung labuh kerana hendak melihatkan dirinya terbaik dihadapan lelaki yang disukainya. Masya-Allah. Memang tak dapat dinafikan. k back to story, Masjid itu terletak agak jauh sedikit dari blok perempuan dan lelaki. Tapi tak de  lah jauh sangat. Dalam 6 minit berjalan sampai lah kot. Exercise lah jugak kira. Dari asyik belajar , makan , tidur je buat diri makin malas. Baik berjalan ke masjid. tak susah pun. Masjid bagi lelaki wajib dan ke atas perempuan tidak wajib namun boleh datang sekiranya nawaitu tu betul.

  Plus, aku nampak kepentingan masjid bila budak lelaki kelas aku study group di masjid.Markah dorang agak tinggi berbanding pelajar perempuan dan hampir-hampir sama markah mereka. Sedangkan kami tertanya-tanya macam mana. Hebatnya dorang. Dan barulah kami dapat tau rahsia mereka. Study group di masjid selepas setiap waktu Isyak. Kerana setiap minggu ada kuiz untuk pelajar matriks bagi setiap subjek. Dan mereka mempergunakan masjid itu sebaik mungkin untuk belajar. Dan meraka berkata jikalau dalam bilik  study confirm dah terbongkang tidur macam beruang kutub .




  Entry kali ni hanya memberikan gambaran semata. Aku sedar dan panjat ribuan terima kasih ke hadrat Ilhai kerana menghadirkan dan memijamkan khalifah2 Allah daebak ! Aku yang dulu lebih ke arah barat tapi masih bertudung.  Soal pakaian aku pandang remeh je dulu. Sedangkan itu masih dikira aurat. Dulu, aku ingat cukup sekadar bertudung. Sekarang , aku tau kepentingan berstoking kerana kaki juga merupakan aset perempuan dan AURAT ok. Tak cukup bertudung je, kalau kaki yang kau exposed to Adam's akan tarik kau jugak ke neraka. So, berubahlah sedikit demi sedikit. Dan paling penting, lakukan perubahan itu demi Allah bukan kerana orang lain. If u know what I mean k .

SesungguhNya, Hidayah itu milik Allah. Selagi kau buru dan kau dapat kecapinya nescaya kau akan rasakan sama seperti apa yang kurasakan. Awesome feeeling dude. Tak tipu. Tenang je rasa. Maut menjemput tak kira usia. Kalau kau mahukan keseronakan didunia, celakalah kau diakhirat.  So, Kejarlah Cinta Ilahi kerana Cintanya tidak pernah mengecewakan . Dia sentiasa mendengar rintihan hambaNya. So, jom sama-sama buru addin Allah ! Gambate :) Insya Allah , semoga hidayah itu Allah kurniakan kepada setiap hamba yang selalu memburu CintaNya. :)




Aku adalah hamba Allah yang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Sekiranya ada salah dan silap ,  tegur tanpa was-was. Terima kasih :)