Thursday, 15 September 2011

Dibelenggu kekecewaan

 Hi :)


           Semalam aku duduk untuk paper Add maths Percubaan SPM. Sebelum sesampainya aku ke sekolah, mak dan ayah aku tak pernah lupa bagi kata-kata semangat kat aku . Perasaan gentar, seram, sedih semua bercampur. Dengan berat hati aku turun daripada kereta ayahku dan berjalan menuju ke kantin. Tup tup dah kena naik kelas.Lagi 15 minit lagi exam dah nak mula. 


              Walaupun aku rasa macam dah nak mengalirkan air mata, tetapi aku menguatkan perasaan aku dengan mengatakan " Our greatest glory is never failing but rising everytime we fall" -Confucius. (Yeah i know its sounds so weird and you think i must be crazy but i also dont know why i did that) Setelah habis paper 1 , paper 2 la plak kn. And Thats when it become the KILLER part la. Graph semua orang menaik , aku punya? mendatar beb. Buat punya buat. Tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk berakhir. 

             Cikgu dah cakap nak kutip kertas. Let me tell you something,untuk beberapa minit tu, aku rase aku lah manusia yg paling gelabah kat dunia kot. Semua dah hantar, aku masih tak nak mengalah sebab aku nak jawab sampai aku selesai kesemuanya. HA HA. Guest what? Lepas aku dah hantar, aku berjaya mengalirkan air mata , bukan kerana gembira tetapi disebaliknya. Sumpah tak expact paper add maths macam tu. 


             Ahmad yg kat sebelah aku dah buat mcm2 bunyi dah. Racheal kat belkg aku dah menangis dah. Aku hanya mampu tawakal je la. Janji kita ada usaha untuk memperbaiki kesilapan yang lalu. Aku tak kisah bila duduk paper tu dan jawab . Tetapi bila tiba detik diumumkan result tu lah yang paling aku takut sgt. Takut untuk dikecewakan, takut untuk mengecewakan, dan takut untuk terus berada dalam kekecewaan. Haih. Sekarang ni, aku hanya mampu pasrah je. Hope everybodies paper is fine. Amiin.


Moarl of the story : Usaha tangga kejayaan. Jangan lupa untuk menuntut ilmu setiap hari walau sekecik mana pun ilmu itu. Janganlah jadi macam aku . 

No comments:

Post a Comment