Thursday, 29 September 2011

Facebook

Hi :) 




                 Hah. Tengok tajuk je dah teruja bukan? Haih. Sedih pula bila cakap pasal FB. Dulu aku ni lah manusia yang selalu online pagi, petang, siang , malam kot. Semua recent news semua aku ambik tau. Setiap hari ada je notification. Lagi-lagi kalau ada event apa-apa. Pergh. Comment-comment macam tak ada hari esok pulak.  Dan siap masa sahur tahun ni pun, aku sempat online. 


           Aku sedar laman web ni ada baik dan buruknya. Biasalah, fitrah manusia. Sentiasa menyalahgunakan. Macam aku. Lama-kelamaan, aku sedar. Tak de ape yang aku dapat dari FB ni. Aku dah membuang cukup banyak masa kat laman web tu. Kalau nak dihitung, dah berjuta saat, beribu minit, beribu jam, beratus hari, beratus minggu , beberapa bulan dan hampir bertahun jugak. 


         Tak salah ada account tu, cuma kena pakai bila perlu je la. Tapi sekarang, aku terpaksa mengawal nafsu aku .Aku dah lama deactivated la. Dari lepas raya kot. Semua breaking news ke hot news ke tak penting buat aku. Kadang-kadang rindulah jugak nak bukak, tetapi aku terpaksa mengikat tangan ku. 


               Buat masa sekarang ni, aku rasa lebih baik mebuang masa aku untuk pelajaran daripada ber-FB-ing . Secara jujurnya, aku mengaku ada perubahan dari markah aku daripada exam lepas. Baru sekarang manusia macam aku ni nak sedar sebenarnya aku dah banyak membuang masa. Haih. Sadis betul.  Aku hanya akan muncul di FB selepas SPM. Kepada sesiapa yg tengah addiction of FB, tolonglah keluar dari laman web sosial itu. Nanti korang akan menyesal weyh. Evrything is in your hand. So, make a choice. :) 

No comments:

Post a Comment