Thursday, 1 September 2011

Salam Lebaran

Assalamualaikum :)


Dengan ini, aku mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADILIFIRTI dan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YG KE 54 untuk seluruh rakyat malaysia. Maaf zahir dan batin andai terkasar bahasa mahupun terlampau bicara. Tiada sesiapa pun yg sempurna dan disebabkan itulah aku harap yg terkecil hati, yg terguris hati dgn diri ini, harap dpt diampun segala salah dan silap. 


            Raya tahun ni, ntah kenapa sunyi je. Aku dengan keluarga semua bangun awal pagi la dalam pukul 6 semua bertolak dari rumah nak ke kampung aku. Dalam masa sejam , sampailah kami ke rumah pak cik sulung belah mak aku. Masuk2 je rumah tu, pergh. Memang cun habis lah dihias rumah tuu. Aku masuk lalu membri salam. dan yg terkejutnya, semua kelihatan cemas. Aku pun x faham ape yg sdg terjadi. Aku cuma nampak sepupu aku bwk berlari bekas gula ke arah pak cik sulungku lalu menyuapkan nya bersudu gula ke dalam mulutnya. Sepupu aku berkata badannya amat sejuk. Seram mula menyelubungi diriku. Aku bergegas ke arah mereka.


            Rupanya, pak cik aku terlebih dos inject diabetes .Dia duduk di ruang tamu itu dalam keadaan yang tidak sedarkan diri melihat semua orang seolah olah dia baru sahaja mengenali kami. Air matanya mula mengalir apabila melihat takbir raya sedang bergema memenuhi ruang tamu.  Beberapa minit kemudian, kami memanggilnya. Dia duduk diam sebentar .Lama lah jugak. Alhamdulilah, dia sudah menyedarkan diri.        Pagi raya dah berlaku macam-macam. Maka kaum-kaum adam ni pun pergi  menunaikan solat sunat hari raya di masjid di bandar Klang.


ameen dan aku. :)
fairuz sebelum ke masjid. :)

Lepas tu, Sesi minta maaf berlangsung. Menangis-nangis ah memohon maaf. Sedih kott time tuu. 
Lepas tu , ape lagi? Melantak ahh. Breakfast pagi2. 


        Menu : Nasi lemak, ayam sambal, daging berlada, LEMANG :D, SERUNDING!, byk lagi laaa. Semua aku melantak. Lepas tu? Sakit perut laa. Itu baru sikit. Lepas tu, tengah hari pulak, Semua dishes untuk raya mak cik aku masak, masak pulak banyak-banyak , berbeza lauk semua. Pergh , aku bukan main lagi. Walaupun aku dah berjanji kat diri aku nak makan sikit tetapi aku gagal. :D Nafsu makan aku memang kuat sangat-sangat.Lepas tu, gerak pergi ke Tanah perkuburan arwah datuk aku. Malangnya, aku x dpt ikut mak aku atas sebab-sebab tertentu. Then kunjung la Semua Keluarga satu Klang tu. Nasib dekat-dekat je. 


       Bab makan, memang x habis lagi la, pergi pulak rumah mak cik aku, situ pun same cerita jugak, mcm tgh berlaku perang makan pulak. Hari tu sahaja dah 6 rumah aku jelajah, dan ke-6 enam rumah tu pulak semua paksa aku makan. Pergh. Macam perut buntal perut aku ni tau. Kenyang setahun. Lepas ni, alamat Stadium lah rumah ke 2 aku. Dah lah berat aku **kg. Kuruskan badan farhana kuruskan! Majulah Sukan Demi Negara! 

No comments:

Post a Comment