Tuesday, 27 December 2011

Life is shocking.

Hi dan assalamualaikum :)


                    Semalam aku dan keluarga aku pergi KKB . Nak jumpa saudara jauh sambil-sambil tu nak tengok tempat PLKN aku . So, dalam masa sejam lebih dah sampai . Borak-borak dengan family semua.  Happy je rase :) Ye lah agak lama tidak bersua. Then,dah habis berchit-chat,kena balik Subang.


              Dalam perjalanan pulang, dekat pukul 9 kot. Ayah kata nak isi minyak . Aku pun turun serbu Kedai petrol station tuu cari makanan untuk alas perut. Sampai je aku kat kaunter nak bayar, aku terserempak dengan seorang wanita ni. Dia adalah ibu kepada kwn aku. Aku pun salam then borak sekejap. Dia sudah beredar. Aku pun bagi barang kat ibu aku. Meluru masuk washroom sebab nak buat business lah. *paham-paham la ye. Belum sempat aku melangkah masuk, aku tersentap buat seketika. Aku memandang dia, dia pun memandang aku. Muka dia sangat gembira. Aku pun. Dia segera menghulurkan tangan lalu memeluk aku. Aku pun ikut je . Aku bagai tak percaya. Kita orang pun borak jap. Pastu, dia dah nak bertolak. Dalam kereta nak balik, asyik terbayang-bayang incident tadi. Aku hanya mampu tersenyum dan bersyukur kerana Allah dapat memakbulkan doa aku :) Terima kasih byk2  Ya Allah. :) 


P/S: Do not worry, i'll never forget you :) 

No comments:

Post a Comment