Thursday, 26 April 2012

Sambungan - Khidmat Negara Kem PLKN Geo Kosmo;)

Continuation of Service for my beloved country ;)




Merentas Desa


       Kisah merentas desa plak, Haha. Memang lawak la kisah ni. Habis je wira lari. Giliran wirawati kan untuk lari. Dengar je bunyi permulaan tu, semua bukak langkah seribu la kan, lari lari lari. Lepas tu, ada satu part ni, tiba-tiba kena naik bukit yg memang curam la yang menuju ke tempat permulaan depan kem kami la kan. Aku dah pelik dah apesal cepat sangat track ni. Wira pun tak sampai lagi. Kebanyakan yang lari depan-depan semua budak Charlie dan Delta. Dah sampai dah dekat pintu kem je, semua pecut gila la kan. Tiba-tiba, ada cikgu naik motor dan kata "wirawati, patah balik! Kamu salah jalan" Pergh, semua melalak bengang la. Hahaha. Yang lenggang kat belakang dapat nombor depan-depan. Ape lagi? Budak -budak Charlie dengan Delta voice out la. Mengamuk cakap tak fair semua sebab cikgu tak jaga , tiba-tiba kena patah balik lepas penat lari kan. Haha. Maka dengan itu, pertandingan merentas desa bagi wirawati dibatalkan dan ditunda hari lain. Haha. 

          Haaa, dah cakap besar hari tuu. Tiba plak hari merentas desa untuk wirawati. Cikgu kata kamu penentu markah kompeni. So, lari demi kompeni kamu. Time ni budak memang pergh, berjuang mati-matiaan la. Alhamdulilah, wirawati 1st TAN dari kompeni Charlie.:D  Wawa No 9 , Ira , Yana, Adele. Atlit Charlie la dorg :D Saya dpt no 18. :P Wira pun 1st Charlie yang sapu, Dani. Terbaek la. Congrats! Gana pun! Sapa2 lah yg lari demi Charlie ;) Cayalah korg! :) 




Sempat posing walaupun penat. heee, :P 

Muka  Witch yg penat :D 


Muka jieha yang sgt la x penat :D





Kembara Hutan . 

Tengok tajuk pun , dah cuak eh korg. Amendelah tu eh? Haha. Act, inilah aktiviti yg best dan mencabar . Kembara hutan ni terbahagi kepada 2 iaitu tali tinggi dan tali rendah. Termasuklah Flying fox, Rock climbing, monkey rank, dan mcm2 la. Dh x igt sgt. Haha. Kalau nk tau lebih lanjut, tengok je lah gmbr eh. :P 

 Balancing the boots di atas tali.
 Awww ;)
Kalau x de kepercayaan atr 1smalain, cnfirm jatuh ;)


M16: Kami ade, kau ade? 

Nahhhh, Inilah sebenarnya aktiviti yg dinantikan oleh setiap pelatih PLKN dari hari pertama mereka masuk ke kem tuu. Pada mulanya, mak kawe x bagi kawe kebenaran utk tembak tapi setelah dipujuk, dapatlah akhirnya. Alhamdulillah, rasa jgk rasa mcm mane beratnye M16 tuu ;) Sebelum kami dapat menembak guna M16 tuu, kami telah diajar cara yg betul utk pegang M16 tu dan kedudukan yg betul sebelum , semasa dan selepas menembak. Pada masa yg sama, waktu tu, sesi bergambar untuk sesiapa yg nak tangkap gambar bersama M16. And this is how I pose with M16 :D 


Takut x? XD



          Tempat menembak M16 kem kami di Kem Sg Besi. So, akhirnya dapat jugak keluar dari penjara kem tu kejap. Haha. Kami naik bus dan perjalanan tu memakan masa lebih kurang 3-4 jam. Sampai je , kami beratur ikut nombor yg cikgu Ayu dah susun pada malam sehari sebelum kami gerak. 1st day hari menembak, kompeni Alpha dgn Bravo pergi dlu, 2nd day baru Charlie dgn Delta. Serious cakap, waktu tengok dan dengar pelatih lain tembak , seram ,cuak, takut, dan rasa nak gugur jantung pun ada. Kuat gila bunyi tembakan tu. Mana taknya, 10 org tembak sekali. :P 

        Masa tiba je giliran aku nk buat, "Rahmat" turun plak. Atoyai. Kami terpaksa tunggu sampai reda skit hujan tu. Lepas tu, kami beratur ikut no masing2. Dari no 1 sampai 10. Aku dapat no 7. :D Ketatkan span telinga yg kecik yg x berapa berguna sgt tu. XD Kami mulakan langkah dengan maju selangkah ke hadapan , terus baring meniarap, betulkan posisi kaki, amik M16 dari askar yg menjaga setiap org pelatih. Letakkan pada kedudukan yg betul, kenyitkan sebelah mata dan aim dekat  tgh2 "dart" tu . 

         Maka berkatalah ketua askar itu, "Okay, Boleh tembak!" . Seraya aku memutuskan untuk tunggu pelatih lain memulakan langkah dahulu kerana waktu tu aku tak berani. XD Pooom!!! Bunyi das pertama yang aku dengar . Mesti atr Pelatih no 1 sehingga 6. Sampai peluru yg kning tu, pantul smpai ke tempat aku. *Begang je aku. Apa lagi? Giliran aku plak la kn. POOOOM POOOM POOOM 10 kali , wa tembak. NON STOP. Wak luuu, sakit bhai tangan. Rasa kebas kejap je. Aku dah habis tembak. Siap ckp lagi kat askar perempuan tu," asal kejap je kak? ". Askar tu jwb " Dah kamu tembak non stop" So , aku letak lah tangan dekat dagu dan pandang Sarjini ,no 8 dekat sebelah aku. Haha, muka lega siott.  

      Bunyi tembakan tu mcm boleh lepaskan stress dalam diri tau. Serious lega. Kami pun tunggu sampai semua habis menembak. Ohh ya, sebelum balik, kami dispotcheck dulu. Mana tau, ade yg terbawa peluru ek. Menurut askar tu, kalau ada yg bwa balik peluru akan dipenjara dan disabitkan kesalahan sebab kami perlu janji yg kami tak amik apa-apa senjata atau peluru. Selesai je tu, kami terus naik bus. Balik kem semula la. Otw balik kem, dapat tengok Summit dari jauh je, pegang cermin bus . Sedih ouh waktu tu. :/ 













No comments:

Post a Comment