Hee. Entry kali ni sempena penghijrahan. Haaa, tengok tajuk pun rasa tak percaya kan? Aku tau . Apa maksud penghijrahan? Lebih mendekati addin Allah means agama Allah. Ia adalah perubahan dari kurang baik kepada lebih baik. Pernah melalui zaman jahiliah dan kembali ke jalan Allah. Jahiliah bermaksud bodoh, tidak tahu dan kurang bijak.Aku pun pernah melalui zaman tersebut. Zaman dimana aku tau Islam wujud dalam hidupku cuma aku kurang beramal dengannya. Dalam kehidupan sekolah pun, setakat dapat A dalam SPM tidak memadai. Dan itu hanya pelajaran semata-mata. Aku sedar akan perkara tu setelah aku tempuhi zaman plkn dan matrik. Sedih rasanya. Bodohnya aku.
Zaman matrik betul-betul mengajar aku menjadi seorang yang the new me. Bukan nak kata aku baik. Jauh sama sekali tidak. Aku nakal , aku tetap aku. Cuma entry kali ni tentang Hidayah Allah. Hati ni mula berdetik akan keindahan Islam apabila aku mulai memasuki zaman matrik. Dimana aku dikelilingi oleh khalifah-khalifah Allah yang Masya-Allah hebat ! Zaman dimana aku rasa sahabat-sahabat kelilingi aku semuanya lengkap dengan ilmu addin Allah dan sedar akan kepentingan itu. Dimana mereka sentiasa bimbing aku kearahNya. Tenang, hiba, sedih dan terasa diri ni kerdil sangat.
Aku tau pemodenan dibandar menyebabkan hati aku keras , kurang senang bergaul dengan orang dari pelbagai tempat, kurang beramal dengan agama , dan bagi aku susah nak menerima perubahan pada mulanya. Tetapi akhirnya aku mula terima dengan terbuka atas izinNya alhamdulillah. Mesti nak tau macam mana kan? Dulu masa sem 1 di matrik setiap kelas matematik Sir Tahar , setiap seorang kena bagi tazkirah setia kelas selama 5-10 minit. Masing-masing berucap. Bila tiba je giliran kawan aku sorang ni yang memang hebat gila , yang memang sporting, yang memang ceria semua lah, haha no words can describe. Dia mulakan dengan kitab Al-fatihah.
Dan kemudian dia mulakan tazkirahNya tentang "kepentingan masjid". Dalam hujahnya, dia cakap "Masjid ni rumah Allah. Cubalah berjemaah di masjid berbanding solat sendirian didalam bilik asrama tu. Pahalanya 27 darjat berbanding hanya 1. Atleast tak lima waktu ke masjid tak apa, Maghrib Isyak pun dah memadai. Masjid ni pun merupakan institusi penting. Boleh merapat ukhuwah sesama saudara Islam, dan berkongsi ilmu dan sebagainya. Dah ada kemudahan masjid, gunakanlah ia sebaik mungkin. Selain itu, boleh belajar study group pun kat situ. Bukankah lebih berkat? Berbanding library yang dimana berlakunya iktilat. Pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa ada batas . Dan kat bilik tu, semua duduk berborak kosong. Time azan pun , tak segerakan solat. Solat pun time waktu dah nak berakhir. Makanan rohani tu sangat penting untuk muslim selain daripada hanya menatap buku-buku subjek matrik . Setiap langkah kita ke masjid diberikan ganjaran. Mari mengikmarahkan masjid dan merapatkan ukhuwah. So, itu saja. " Aku terdiam seketika. Dan apabila memikirkan perkara itu. Sangatlah betul dan logik apa yang diperkatakannya itu.
Setelah itu, aku mula didik hati ni untuk ke masjid. Walaupun kadang-kadang terlepas nak pergi disebabkan faktor tertidur atau lambat mandi sebagainya. Tapi kalau sempat aku akan cuba untuk pergi. Sayangnya, aku hanya mulakan selepas beberapa bulan untuk sem 1 berakhir. Aku tak berubah drastik. Tak pakai juga tudung labuh.Biasa-biasa sahaja. Kerana aku takut iman aku masih tidak stabil. Dan iman perlu dididik sedikit demi sedikit.Tapi sedikit demi sedikit. Dan pabila hidayah untuk bertudung labuh itu datang, aku akan laksanakan. Aku tabik orang yang bertudung labuh keranaNya. Bangga dan ada dah niat dalam hati.
Ada juga kes yang bertudung labuh kerana hendak melihatkan dirinya terbaik dihadapan lelaki yang disukainya. Masya-Allah. Memang tak dapat dinafikan. k back to story, Masjid itu terletak agak jauh sedikit dari blok perempuan dan lelaki. Tapi tak de lah jauh sangat. Dalam 6 minit berjalan sampai lah kot. Exercise lah jugak kira. Dari asyik belajar , makan , tidur je buat diri makin malas. Baik berjalan ke masjid. tak susah pun. Masjid bagi lelaki wajib dan ke atas perempuan tidak wajib namun boleh datang sekiranya nawaitu tu betul.
Plus, aku nampak kepentingan masjid bila budak lelaki kelas aku study group di masjid.Markah dorang agak tinggi berbanding pelajar perempuan dan hampir-hampir sama markah mereka. Sedangkan kami tertanya-tanya macam mana. Hebatnya dorang. Dan barulah kami dapat tau rahsia mereka. Study group di masjid selepas setiap waktu Isyak. Kerana setiap minggu ada kuiz untuk pelajar matriks bagi setiap subjek. Dan mereka mempergunakan masjid itu sebaik mungkin untuk belajar. Dan meraka berkata jikalau dalam bilik study confirm dah terbongkang tidur macam beruang kutub .
Entry kali ni hanya memberikan gambaran semata. Aku sedar dan panjat ribuan terima kasih ke hadrat Ilhai kerana menghadirkan dan memijamkan khalifah2 Allah daebak ! Aku yang dulu lebih ke arah barat tapi masih bertudung. Soal pakaian aku pandang remeh je dulu. Sedangkan itu masih dikira aurat. Dulu, aku ingat cukup sekadar bertudung. Sekarang , aku tau kepentingan berstoking kerana kaki juga merupakan aset perempuan dan AURAT ok. Tak cukup bertudung je, kalau kaki yang kau exposed to Adam's akan tarik kau jugak ke neraka. So, berubahlah sedikit demi sedikit. Dan paling penting, lakukan perubahan itu demi Allah bukan kerana orang lain. If u know what I mean k .
SesungguhNya, Hidayah itu milik Allah. Selagi kau buru dan kau dapat kecapinya nescaya kau akan rasakan sama seperti apa yang kurasakan. Awesome feeeling dude. Tak tipu. Tenang je rasa. Maut menjemput tak kira usia. Kalau kau mahukan keseronakan didunia, celakalah kau diakhirat. So, Kejarlah Cinta Ilahi kerana Cintanya tidak pernah mengecewakan . Dia sentiasa mendengar rintihan hambaNya. So, jom sama-sama buru addin Allah ! Gambate :) Insya Allah , semoga hidayah itu Allah kurniakan kepada setiap hamba yang selalu memburu CintaNya. :)
Aku adalah hamba Allah yang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Sekiranya ada salah dan silap , tegur tanpa was-was. Terima kasih :)



nak duit lebih tak..? meyh dtg cni :) http://adorafiq.blogspot.com/2013/06/do-you-want-get-big-money.html
ReplyDelete