Thursday, 13 October 2011

Dalam Keinsafan .

Assalamualaikum  :) 


                Hari ni 14 OKTOBER 2011.  14 NOVEMBER SPM. Genap 30 hari sahaja lagi. Mesti hang bosan baca blog ni sebab tak habis-habis cakap pasal exam SPM en?Mungkin bagi yang tak duduk lagi takkan rasa lagi apa yang sedang aku rasakan. Tapi yang pasti semua akan rasa juga satu hari nanti. Ok. Back to story. Hari ni macam biasa lah kan ke sekolah. Maka naiklah kami ke surau sebab ada bacaan yasiin. Lepas selesai bacaan tu, ustazah pun cerita lah suatu cerita. 


              Cerita nya bermula begini. Ada dua orang kawan ni. Sorang namanya Ali dan sorang lagi Abu. Satu hari ni, mereka memanjat pokok rambutan (kalau x silap) di belakang rumah mereka. Maka Ibu ali pun ternampak ali lalu menyahut " Ali. Turun! Kang jatuh. " .Pada masa yang sama, ayah abu ternampak abu lalu menyahut " Abu! Pegang dahan tu kuat -kuat." Ending, Ali jatuh sebab dahan pokok tu tak kukuh. Abu pula tak jatuh kerana dia dengar dan ikut apa yang dipesan ayahnya. 


        Maka ustazah pun cakap lah mesej disebalik cerita ni ialah jangan fikir negatif. Fikir positif. Kalau kita tak yakin dengan diri kita, nescaya kita akan jatuh. Masih tak terlambat lagi. Budak-budak islam tingkatan 5 semua dengar dengan tekun pulak. 


        Selepas tu kami menuju ke kelas. Kami duduk ramai-ramai lah membuat kerja masing-masing. Kemudian, Ahmad bertanya kepada aku satu soalan biology yang aku tidak dapat menerangkan kepadanya kerana aku agak kabur dalam subjek itu. Lalu aku pun cakap lah aku tak tahu. "Markah bio aku macam apa je. Aku takut lah. Aku rasa macam nak give up. "  Maka sudah tibalah masa untuk aku untuk diceramahi. Dia cakap "kan ustazah dah cakap dah tadi . Kau ni kan selalu pikir negatif lah." Haha. Serve me rightlah. Aku pun mengangguk je. Betul cakap dia.
                  
                  Pastu berbual-bual pasal hal lain pulak. Adalah kan. Maka dia pun menasihati kami. Ayat dia pergh. Boleh menginsafkan kot. Antaranya ialah: 


              " Perkataan itu datangnya daripada hati."   Kalau hati jahat, Nescaya perkataan yang dituturkan pun tidak baik.


               "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. " Kalau kita pilih isteri yang baik, nescaya suaminya pun akan baik juga. Insyallah. 


            "Kalau kita hendak kehendak kita dimakbulkan, pertama sekali utamakan Kehendak Allah s.w.t" Jikalau kita tidak pernah lupa untuk memenuhi kehandak-Nya maka jika kita memohon kepada Nya, Insyallah akan dimakbulkan kehendak kita. 




            Memang menginsafkanlah. Banyak lagi yang kami berbual. Tapi ini sahaja yang aku ingat. Takut sangat bila memikirkan SPM . Ibu ku dari tadi mengusik-usik aku dengan mengatakan genap satu bulan sahaja lagi yang aku ada supaya aku lebih gentar mendengar angka kritikal tersebut.


           Salah satu sebab dia gembira sebab nak takutkan aku , satu lagi sebab dia gembira sebab nak tunggu aku ambik lesen kereta so boleh bawa dia ke hulu dan hilir. Alamat lepas ni, Klang lah tempat tinggal aku. Haih. Terfikir aku seorang diri, haih farhana kalaulah kau tak tidur dalam kelas masa tingkatan 4 kau . Menyesal-menyesal. Tak guna pun nak menyesal sekarang. Kalau nak berjaya,kena usaha lebih lah.   Renung-renungkanlah dan selamat beramah.  K gtg. Its time to study . :) Bye 

No comments:

Post a Comment