Maka berangkatlah kami .Chaiyok!! . :P
Bye bye semua :'(
Okay, part nak naik bus kan. Aku sebak. Air mata yang aku tahan perlahan-lahan jatuh ke lantai. Aku tengok muka mak dengan ayah aku, lagi tak tahan. Rasa macam nak turun dari bus balik rumah je. Dah lah aku tak kenal sesiapa pun, tempat baru, orang baru, suasana baru. Aku diam je sepanjang perjalanan tu. Kemudian, berhentilah bus itu disuatu tempat yang bernama Kem PLKN Geo Kosmo Kg.Gesir Tengah ,Sg Selisik ;). Seorang askar ni masuk bus kami dan berkata " Okay, kamu disini akan dipanggil sebagai wira bagi yg lelaki dan wirawati bagi yg perempuan. Apa yang kamu akan belajar disini ialah tentang "Masa" dot.
Terperap dalam Kem ni selama 3 bulan. Woah Cayalah.
Selamat datang yeee. :P
Farhana a.k.a CP6-20 :DSesampai je aku kat kem tu, aku dapat tag kuning yang tercatat CP6-20. Kata cikgu tuu, itu adalah No.Index setiap pelatih kat kem ni. Contoh la, tiba2 cikgu announce kat mic, "Farhana" . Kang setiap pelatih yang bernama "Farhana" keluar kan. Itulah gunanya No.index tu. Okay, biarkan pasal no index tu. Btw, padamulanya Kem kitorang ni ade 418 orang. Lama-lama bertambah la. Setiap orang ade kompeni sendiri. Maksudnya dalam 418 tuu, setiap 100 orang akan ada lebih kurang 50 wira dan 50 wirawati akan sama kompeni lah. Ada kompeni Alpha, Bravo,Charlie dan Delta. Saya kompeni CHARLIE! <3 Dan Kami adalah Wira dan wirawati negara Kem PLKN Geo Kosmo Kumpulan 1 Siri 9 2012! ;)
*First and foremost, nak mintak maaf sebab update lambat especially to nyet yg dah lama menunggu :)
MINGGU 1
First day was terrible. Kira budak mcm aku yang tiba 3rd January ni mcm left out kot. Yela, dorg dh dapat baju. Tau apa yg kena buat semua. Ktorg plak blurr dan baru lgi. First-first sampai je. Kena spot check barang ,amik selimut bantal semua then makan tengah hari. HAHA Time ni agak terkejut la. Sebab semua beratur amik makanan . Yang uniknye Tray die. Special kot. Serious aku berangan buat seketika. *Macam banduan la plak aku ni. Kita kena amik tray and beratur. Lepas makan ape lagi, basuh la sendiri tray and simpan kat tempat yang disediakan. Bezanya dengan rumah dapat pinggan , x payah beratur dan dari segi rasa makanan tuuu, Haha. No komen. Apa-apa pun makanan ibu adalah yang terlazat sekali. Bukan apa, ktorg selalu mengeluh makanan tak sedap la kat sini, Walaupun kenyataannya memang betul. HAHA. Tapi kata cikgu ini adalah makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. So, kami terpaksa diam. HAHA. Lagipun, cikgu cakap kamu patut bersyukur sebab 6 kali sehari kamu dapat makanan percuma. Cuba bayangkan negara negara susah, makan pun tak dapat. Nak tak nak, telan je weh untuk survive. :D
First meal kat kem : ikan kembung masak lemak and telur kicap. :S
Aku melangkah pergi ke Dorm yang tercatat P6. Sampai je aku kat dorm tuu, aku nampak lah penghuni penghuni dorm 6 tu kan. Dalam satu dorm tu, ada kira-kira 30 orang. Tinggal 6 katil kat belah-belah hujung je sebab aku kan sampai 3rd january. So, aku pun pilih katil aku dan terus call kawan aku,Haziqah. Menangis la kan , ape lagi? Haha. Serious, cara pelatih-pelatih kat sini macam dah lama kenal kott. Aku? Haha. Macam ada batu kat mulut tau. Orang yang tegur kot. Haha. Bukan apa, susah nak sesuaikan diri pada mulanya la. Maka, datanglah sorang budak sekolah agama ni, namanya Safitri. Kira orang yang pertamalah yang tegur aku. Aku just jawab apa yang dia tanya . Lama-lama tu, makin ramai yang duduk tegur antara satu lain. Dapat kenal budak2 P6 : Azlina ,Ira Syahirah (Ketua Dorm ) , Haidatul , Azura,Najwa Nabila, Liyana, Safitri dan lain-lain ;)
Baju kelas.
Okay, Hidup dekat sini bak kata askar dalam bas tu. Semuanya berkaitan dengan M.A.S.A. Memang hectic la. Terkejar-kejar nak buat sesuatu benda. Setiap tugasan yang jurulatih bagi, ada time limit dia. Pandai-pandai kita la nak uruskan masa kita sendiri. Tujuannya adalah untuk mendidik pelatih PLKN menjadi pemimpin yang menepati masa. Yang pasti suka tak sukanya, kena pakai baju yang diisu oleh logistik sahaja. 2 pasang baju dan seluar kelas,2 pasang baju dan seluar PT,2 pasang baju dan seluar celorang, kasut kelas, kasut PT, Spike boot, beret , topi dan bla bla. Memang ada gaya banduan la kan. :D Dengan tudungnya kena tuck in. Pandang semua nampak same je. Haha.
Cerita wira lagi best. Masa kepala dorg kena gondol tu, haha. Macam-macam ragam. Ada yang sedih , ada yang sengih sengih , ada yang frust sebab nampak macam sami budha :D Kepala licin je. Yang penting masing-masing gelakkan diri masing2. Yang tak tahannya ktorg x boleh beza yang mana melayu ,cina ,india weh. Haha. Ada pernah sekali ni, budak bangsa india kena pergi kuil. Ktorg terkejut sebab lelaki yg kwn aku minat tu dia ingatkan melayu , rupanya india. Kesian cancel plan. HAHA. Service botakkan kepala ni percuma je. Cikgu yg tolong gondolkan. Haha. Hanya perlu bawa diri je ye wira :P Btw, Cadar katil ,selimut , bantal pun JLKN bagi. Jgn risau :D Ada jugak yg bawak bantal busuk dari rumah, teddy bear la, macam-macam la. XD
Main enterance ;)
Welcome katanya. :D
Port ktorg kat Dewan Makan. ;)
Dorm P6 ;)
Ruang Iklan untuk disewa : Jamuna sedang mencari line :/
Plan kem PLKN Geo Kosmo Besar ohhh, Serious.
Padang kawad. Kata cikgu siri kami untung
sebab signboard baru pasang time tu. :D
Pentas dimana cikgu akan berucap setiap hari ;)
Tempat kami berkaraoke semasa mandi. Tandas P6 :D
Cantik benor :O
Jauh betul pdg kawad nih.
Pdg kawad aka tempat kami memekak nyanyi lagu negaraku setiap hari :)
Dewan Makan :)
Wira dilarang sama sekali ye. Harap Maklum .
Pintu gerbang dorm perempuan :D
Rindu la pula nk naikkan bendera ;)
Pandangan dari atas: Dorm wira. Jauh kot. XD
Wirawati! Susun sliper bawah katil! :D
Kolam tutup :P
Kolam Water confidence. :D
HANDPHONE ? ?
Yang pasti aku x kn lupekn satu peristiwa charger ni. Aku x puas hati sbb fon aku tgh chrge kat dorm ada org cabut. Then dh kena naik atas DM. Hari tu hari ahad. Aku pun cari iktiar nak charge sbb dh nk KO btry. Tapi semua suis kat DM dah penuh. Last sekali ,cari punya cari , mata aku terpandang suis atas public phone. Tinggi jgk suis tu. Aku mintak ira temankan aku . Aku amik kerusi dan panjat lalu pasang charger aku. Saat aku tekan suis tu untuk ON je, lampu-lampu yang dekat DM semua tutup. Aku terkejut , aku cabut charger aku. Turun cepat cepat . Ira boleh tak sedar. Haha. Aku tengok budak2 pun diam je and tak perasan pun macam tak de black out. HAHA. Aku terus inform and mtk maaf kat cikgu peeja dgn cikgu ana. Lwk oh. Sekali cikgu dh betulkn lmpu balik. Handphone punya pasal, macam-macam sanggup buat. Haha.
Oh yaaa, yang paling penting. Satu hari tu, budak kompeni Bravo hilang fon. Cikgu buat spotcheck sampai 1 pagi baru selesai. Seram kot time tu. Jadi kes polis kot. Sebab budak tu cuai letak merata. Hilang. Nak salahkn sapa? Salahkan diri sendiri la sbb tak jaga elok elok. Yang bestnye time spotcheck tu,wirawati Charlie kira wirawati terakhir yg cikgu panggil untuk spotcheck . so, ktorg kena duduk kat lantai berdekatan dengan tempat dobi la. Ktorg terbaring tidur kat pintu gerbang dorm perempuan sambil tengok bulan. Haha. Tiba-tiba syida mengajuk. "Tidakku sangka jalan yg ku lalui setiap hari , aku terpaksa baring jua. Best la time tuu walaupun penat tambah begang. Dapat tidur bersama flora dan fauna sebelum dispotcheck. haha. Time spotcheck tu dasyat weh. Sampai ke tong sampah jadi mangsa sebab takut ada budak sorok. Nasib, kompeni Charlie dan kompeni lain x kena tangkap sebab tak jumpa fon tu. Pokoknya, jaga harta benda kita elok elok ya. :P
Masalah utama yang sering dihadapi tika dalam fon ialah Masalah Line! Dapat fon tak de line langsung kot kadang-kadang. Nak hantar mesej ke telefon ke, langsung tak boleh. Terang -terang handphone tulis No Network Coverage. Benci gile kalau tak de line. Sebab 6 hari tunggu untuk fon. Bila dah sampai kat tangan, tak de line pula. Sampai ktorg kena hulur fon mencari signal. Haha. Ada yang tunjuk begang kata cikgu control line la ape la. Haha. Masa amik fon, mak aiii. Laju je siap tolak tolak nak amik fon awal awal. Masa pulangkan fon, Masyallah. Cikgu dah jerit tutup fon cabut battery dengan sim pun, ada yang masih gayut lagi dalam baris. Masa tula aku tau betapa berharganya fon sebab biasa kat rumah main campak campak je fon tu. Haha. :P
SOLAT.
Solat dekat sini aku suka sangat. Sebab apa? Sebab setiap solat kami solat berjemaah. ;) Banyak tau pahala kalau solat berjemaah. Sebelum azan dilaungkan, ustaz akan mainkan lagu zikir . Itu menandakan kami kena ke surau dengan segera. Sebelum azan je, semua kena berada di surau dan sign paper yang disediakan ustaz menandakan kami hadirkan diri ke surau. Bukan apa, ustaz kata hanya mahu solat kami menjadi lebih sempurna. Kerana kebanyakan daripada kita sering melewat-lewatkan solat walaupun setelah mendengar azan sedang dilaungkan. Di situ, sorry tak boleh lewat. Solat kena punctual on time. ;) Setiap malam rabu dan khamis , ada kelas kerohanian. Yang muslim akan berada di surau. Yang non muslim di DM ikut kaum masing-masing. Pada hari rabu, Kami yang muslim ni diajar tentang kisah-kisah nabi, dalil quran, isu-isu remaja sekarang dan sebagainya. Hari khamis, Baca yaasiin dan ustaz akan test bacaan dalam solat seperti doa qunutttttt. :D Oh ya, saya nak berterima kasih jugak kepada Yana sebab bagi saya pinjam tafsir quran awak. ;) Saya banyak baca dan tahu kisah kisah dalam quran yang awak pinjamkan tu. ;) Sykuran Jazilan :D
Character Building.
Maka aktivit PLKN ni, bermula dengan Modul Pembinaan Karakter. Cikgu MPK 1 aku, Cikgu Atirah ( Atie) , Cikgu Faizal (Peja) , Cikgu Rohana (Ana ) . Cikgu-cikgu ni best gilaaa ahh. :) Ceria je muka . :D Dalam kelas ni jugak la, aku kenal zyra, suha, jamuna, ling, ammar, alif, jayakumar, lee, yana, ramai lagi laa. Haha. Modul 1 ni berkaitan dengan -melahirkan yang terbaik dalam diri sendiri. Setiap pagi sebelum kelas bermula, lagu Zainal Abidin - bertajuk Hijau akan dimainkan. Sebelum muzik itu berakhir kami berada di dalam kelas. Jikalau tak, adalah dendanya. Masa pertama kali aku dengar lagu tu, aku agak tergamam dan mula suka lagu tu. Sebab ia berkaitan dengan kehidupan dan generasi sekarang . Membaca lirik itu je akan buat korg faham kenapa aku berkata begitu. Cuba dengar.
http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw
Ini liriknya :
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini
Oh..anok-anok
tokleh meghaso mandi laok
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo
Lepas je lagu tu, kami kena buat Gerak Ceria untuk menceriakan hari dan hilangkan rasa mengantuk. Tengok muka happy cikgu kat depan dengan kawan kawan semua , kami ikut je apa yang dibuat. Seronok.! ;)
Modul 2-melahirkan yang terbaik dalam diri orang lain, Modul 3-Budaya Kerja, Modul 4-program integrasi keagamaan,peranan lelaki dan perempuan lah, kebudayaan la n etc. Ha, Banyak tak? Setiap hari pagi dari pukul 8.20 sampailah 10.30. Then rehat . pukul 11.00 sampai 12.30. Lepas tu petang pukul 2.30 sampai 4.30. Itulah rutin untuk dua bulan . Buat gerak ceria, buat peta visual dan aktiviti yang best-best la. :) Dengar je apa yang cikgu cakap kat kelas sambil-sambil tu kita belajar mengenali diri kita , cara berkomunikasi dengan orang , sikap kita, ubah diskripsi daripada "paksa" kepada "mesti", tuduh menuduh, tanggungjawab, perjanjian, otak,imej dan diri sendiri, kepercayaan, aktiviti jugel, matlamat, buat 'sthuru'(origami burung) and etc. Petang-petang kami buat Aktiviti riadah . Main lah ape ape pun. Bola jaring ke. Ape ke. Malam, kadang-kadang tengok movie dan dengar ceramah je.
MINGGU BERIKUTNYA.
KKJ
Haaa, this time. KKJ come into picture. KKJ stands for what eh? Haha. Lupaa laa. Tapi dia macam satu tugasan untuk setiap kompeni. Buat bendera, motto, slogan, sorak, lagu dan etc. Tugasan ni ada markah and merupakan pertandingan antara kompeni. Memang berjuang mati-matian la kan semua. Masing-masing dipecahkan ikut kumpulan untuk mengambil alih setiap tugas kecil. Benda ni serious jugak lah sebab kena buat pembentangan depan Tuan Komandan, TKP, dan cikgu-cikgu kem yg lain. Semua perah otak lah kan keluarkan idea masing-masing. Diorang bagi Lebih kurang 2 weeks time je. And bendera CHARLIE looks like this :
Unity Among Infinity!
Lawa kan? Terima kasih kepada kumpulan yang berganding bahu buat bendera ni especially to yana, ira, pijatt, dan etc *x igt. XD . Sorak kompeni kami plak aku paling suka. Yang penting cikgu pun terhibur bila dengar Charlie sorak.
1. Arahan: GO CHARLIE AFTER 4, 3 , 4
Semua: GO CHARLIE! GO CHARLIE! DONT BREAK MY HEART CHARLIE! UMPHSSS AAH OH
YEAH UMPPSS AAH OH YEAH. * tgn genggam gerak ke kiri dan ke kanan. haha. Stylo aah. ;)
2. Arahan: Tepuk tepuk CHA CHA
Semua: *Tepuk dua kali then sebut CHA ! CHA! CHA! -2x
Buat jari telunjuk sambil slowly squat down and sebut Charlieeeeeeee. hehehe. Gediks bnor.
3. Arahan: Tepuk tepuk manja
Semua: *Tepuk dua kali then sebut peace ! peace! -2X
Buat peace kat dua2 tgn dan letak sebelah pipi sambil kata "Manjaaaaaaa" hak hak. :D
4. Arahan: Tepuk tepuk Chest!
Semua: **Tepuk dua kali then sebut Ciss! tgn X cross. :D
5. We say go! go! go go go!
We say fight! fight! fight fight fight!
We say win ! win! win win win!
We go , we fight we win!
we say go go go go go go go go go,
fight fight fight fight fight fight fight fight fight
win win win win win win win win win
We go! We Fight! We win!!
6.LAGU CHARLIE:
KAMI DTG UNTUK MENANG,
CHARLIE SERANG SEMUA ORG,
PINGAT SEMUA KITA PGG,
BALIK DGN HATI SNNG.
HEY CHARLIE!
HEY CHARLIE!
Kuat tak kuat? Semua: KUAT! KUAT ! KUAT !
Gentar tak gentar? Semua: GENTAR! GENTAR ! GENTAR!
Hebat tak hebat? Semua: HEBAT ! HEBAT! HEBAT!
*TEPUK TGN SMBIL KATA : WAH HEBAT! WAH WAH! HEBAT HEBAT! -2X
GOOOOOOOO CHARLIE!!!
7. Everywhere we go and people wants to know,
Who we are and so we tell them that we are the expandables,
we are the Charlie's ,
and now its time to rhyme one time,
We are! We are! Charlie! Charlie! Charlie! Charlie!!
Paling penting, ktorg suka tengok Wira Charlie buat Hakka. Fun and kelakar. Semua terhibur kot. HAHA. Thanks to kappa sebab ajar kami sorak semua . You're genius at it! No doubt. ;)
Masa pembentangan tu, kompeni kitorang memang hancur la sebab dapat tempat terakhir. Soalan yg aku takkan lupakan bila tiba saat kompeni lain boleh mengajukan soalan kn. "Kenapa saya perasan Perkataan yang Kamu gunakan kebanyakannya adalah bahasa Enggeris? Sedangkan Bahasa Malaysia merupakan Bahasa Ibunda kita ? " Pergh, memang agak HOTT ahh soalan tuu. Semua dah tepuk tangan dengan soalan budak tu . Ada budak kompeni kami memblas soalan tu tapi mungkin jawapan itu mungkin tidak menyakinkan Juri juri semua. Mungkin sebab itu kami tewas. Baru kami tau dimana kami membuat silap. Kecewa sangat. Semua cikgu duduk cakap ni cakap tu. Perasaan geramji tu memang kaw kaw laa. :P
Lepass tu, suatu petang time riadah, Wirawati Charlie kena kumpul. Cikgu Aliya sound and nasihat la apa masalah Charlie. Perpaduan, dan Kerjasama perlu ada dalam satu pasukan etc. Tiba-tiba dia announce Ketua wirawati kompeni Charlie , Afifah dipilih untuk jadi Tok IC = penghuluwati. Dia adalah ketua bagi wirawati Charlie yang asal. Dia memang ketua yg baik. Pergh, time ni bukan Afifah je yg menangis. Datul antara orang yg aku ingat. Menangis dan kecewa sebab Charlie teruk. Aku ingat lagi lepas cikgu dah announce tu, kitorang kena baris petang. Cikgu siap tegur Azura" Hey, kamu ni menangis ke wirawati? Teringat kat mak eh? " Siot jee. Haha. Tak pasal2 kena. Bukan sebab apa, Afifah memang seorang ketua yang baik dan kami tak hargai usaha dia dan disebabkan kami yg teruk ni, dia kena handle semua. Last-last jumpa lah jugak penganti Afifah, Nur Adleina :) Tabiik la dia. Sebab dia berani ambil alih tempat fifah walaupun dia tau tanggungjawabnya susah. :) Start dari KKJ tuu, Charlie terus bangun dan maju sedikit demi sedikit. ;)
Kompeni kitorang okay je sebenarnya cuma sesetengah orang yang selalu buat masalah . So, bila nama sorang naik je, satu kompeni kena . Bukan nak salahkan sesiapa sebab aku tau ini salah semua tak mainkan peranan pada mulanya. Banyak jugak perselisihan faham antara budak-budak. Sampai libatkan cikgu. Cikgu pun dah fed up cakap benda same je. Prinsip cikgu cuma satu, kami dah dewasa , boleh fikir sendiri. Tapi kenyataannya memang tak langsung. Memang problematic la. Pada mulanya, secara jujurnya aku ngaku lah aku hampa dapat kompeni ni. Then tak ingat bila, cikgu motivate lagi sekali . Rupanya aku silap. Aku tak patut fikir macam tu. Aku bangga sebab kompeni aku adalah yang terbaik dari kompeni lain. Walaupun ada kekurangan masing-masing, itulah gunanya teamwork untuk membentuk pasukan yang kuat. Sejujurnya, aku sayang Charlie!!! Aku masih ingat pesan cikgu " Orang yang cakap besar itulah sebenarnya Bodoh" , " Korang kira untung tau, kamu dipilih sebagai pelatih PLKN sebab kamu ni lah yang akan tunjukkan contoh kepada masyarakat kat luar sana, kamu lah yang akan menyatupadukan mereka yang selalu bergaduh kat luar sana, kalau kamu sendiri bergaduh sesama sendiri, apa nak jadi dengan negara kita? Korang fikir la sendiri" . Time dengar je dialog ni, aku terdiam dengan ayat cikgu. Ada juga ayat lain tapi x ingat. haha. Aku akan ingat sampai bila-bila. Waktu tulah aku sedar yang aku sanggup berkorban demi negara dan aku sayangkan Malaysia! *cehh.
Sukan Kreativiti
Lepas KKJ je, ade aktiviti Sukan kreativiti . Sukan ni memerlukan kreativiti dalam membuat sesuatu perkara. Antara yang kitorang buat ialah Sea Rescue. Cikgu kata " Bayangkan awak ni seorang saintis yang berada di laut. Ponco tu adalah umpama kapal. Korang akan angkat air ajaib ni yg berguna kepada negara kamu tanpa tumpah setitik pun kerana ia amat berharga. " Cikgu bagi 2 ponco ( kain) . Syaratnya, hantar 30 wakil. Dalam satu ponco kena ade 30 orang then kena gerak ke satu lokasi menggunakan ponco tanpa terkeluar sedikit pun dengan baldi berisi air ajaib itu (Ajaib la sgt haha. ). Syarat nye air tu tak boleh jatuh. Kalau tidak, penalti masa. Aku ingat, wira start dulu. Then wirawati sambung. Masa sudah bermula. Aku x tau ape yang wira Charlie rase. Tapi apa yang pasti wirawati Charlie rancang taktik dan belajar dari kesilapan wira. Dan bila tiba sahaja giliran Kami sambung. Kami bentangkan ponco . Dan semua , maksud aku SEMUA tak kira Melayu, China dan India. Peluk erat-erat gila! Peluk so tak ada sorang pun yang terkeluar daripada ponco. Walaupun penat , but we did it smoothly. Trust me. And the best part is Charlie Menang!! 1st kot! :) Kejayaan pertama buat kompeni Charlie. :D Cikgu siap cakap dalam mic, kami ada tunjukkan sesuatu kali ni. Happy tak terkata ;)
Tak tahan bau kolam eh? XP
Floating in the pond XD
Ha, aku nmpk pijatt. :D
Haaa, Tengok tittle pun dah nampak teruja tak? Haha. Aktiviti ni best la. Ini adalah aktiviti pertama sebelum korang buat kayak ataupun rakit. Kalau tak lulus water confidence ni, tak boleh kayak dengan rakit laa. So, wira la start dulu macam biasa. Wirawati duduk jauh jauh. Jangan tengok eh. Kawal mata. haha. Gambar wirawati tak de. So, terpaksa cilok gambar Wira Charlie dari kamera Aiman . :P Walaupun kolam tu, dah macam-macam bau. Yela. Mane tak nye. 400 lbih semua terjun kolam same. Pergh, ksian tengok.
Kayak dan rakit ;)
Teringat fit jerit terkejut XD
Demo rakit ;)
Lepas tu ada pertandingan rakit, kayak, flying fox , monkey rank, and etc la. Sebelum setiap aktiviti ni dijalankan, jurulatih mesti akan tunjukkan demo . So, no worries ;) Kayak untuk wirawati Charlie Azfa dengan Adleina , cayalah. Teror weh dorg ;) Charlie dpt 2nd x silap :D Erm, kisah rakit ni agak sedih ahh weh. Budak rakit antaranya ialah kapten nya : Ira syahirah dan yg lain Fitri, Amal, Wawa, Aku, Jiha, Tan, ..... * damn tak boleh recall wehh. haha. fill in the blank eh. opss. hehe. Ingat lagi kita streching dulu sekali dengan wira Charlie sekali dan bagi kata-kata semangat semua. Wira Charlie tried their best tapi tak de rezeki mungkin.
Giliran wirawati Charlie plak. Kami kena lawan kompeni Alpha. Starting elok je walaupun bengkok skit. Part U-turn tu tak boleh blah ahh. Haha. Kami punya tak U-turn pun. Gostan and jalan. Cikgu mahzan kat tepi cuba bantu tapi serious tak boleh. Pergh, mencabar daya tahan otot betullah. Then dah lepas part tu, kena race sampai ending point . Walaupun Alpha dah kat depan jauh meninggalkan kami. Serious, aku takkan lupa muka merah Ira yang jerit sekuat hati dia bagi kami semangat untuk kejar Alpha. Tapi tak sempat jugak. And you know what's the best part? Everyone of us cried and the others cool down us by their warm hugs and words. Maybe it sounds kinda weird to some of you but trust me, this things rarely happens among all of us ;)
Sepak takraw Charlie dapat No 2, bola tampar No 1,bola keranjang no 4. opss :P . Kisah Bola jaring ni memang special sikit la kan. Kami dah susun strategi awal-awal semua. Masa riadah pun, main netball je. Semangat la. Antaranya pemain-pemainnya adalah Wawa, Azfa,Afifah,Yana, Christal,Adleina,Amalina, aku, n etc * x igt laa. haha. Alhamdulilah, Charlie 1st lg.
*Continue in a new post .Too much to story act. byee.























.jpg)







rrrrr.jpg)








.jpg)


haiz , makcik ni.. bila la nk post entry baru . tertunggutunggu nak dengaq story depa :)
ReplyDeleteHaha. terlalu banyak sebenarnya. Tgh upadte sikit2. tgk laa. heee.
ReplyDeleteA long story but best gila. Dah tak sabar nak join kelab PLKN. HEHE. :D
ReplyDeleteYes babe. Too long. Cerita kat blog pun tak boleh ade feel nye. Go and experience it by urself. U'll have the fun. Haha. Welcome to the club dude .Hee :D
ReplyDeletehump :( aq cuma boleh feel dlm ni sensorg lah .
ReplyDeleteWahhh! Nice post. I baru je nak pergi kem Geo Kosmo ni 30/3/13 ni. Syok pulak google2 tempat dia sampai blogwalking kat blog you. Thanks sharing :)
ReplyDeleteyeke. so how was it? best? hehe. no problem .
ReplyDelete